Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia
akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga
pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam
percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut
emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.
10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam
perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga
diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan
panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh
mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’
memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari
sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam
situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana
cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti
kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya
perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya,
bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga
akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar
pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya
pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa
itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan
memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan
pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,
anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah
dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila
emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara
lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada
anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan
bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang
dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan
mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama
lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak
dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa
situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”,
jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah
“panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak
terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya
emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada
waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara
yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau
sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila
tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang
langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang
dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah
diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia
takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu
adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama
terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang
sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun
susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.
Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua
perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,
tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak
ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan
merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti
biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik
yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam
perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.
Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda
mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu
yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa
cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah
dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah,
dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni
berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum
perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu
malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak
serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan
dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang
dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir
dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di
lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain
melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat
“eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang
sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat
kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua
PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu
lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam
tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang
bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud
terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus
membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia
tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension”
ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.
Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran
sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian
pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda
seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah
anda lelaki atau wanita.
0 comments:
Post a Comment